Wednesday, 1 March 2017

Guru cuba terjun tingkat 4 sekolah di Putrajaya

Tags

PUTRAJAYA – Seorang guru lelaki berjaya diselamatkan selepas dipercayai cuba terjun dari tingkat empat di sebuah bangunan sekolah di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, cubaan guru yang berusia 30-an untuk terjun dari bangunan utama sekolah tersebut berjaya dihalang selepas dipujuk oleh seorang guru lain.

Difahamkan, mangsa dipercayai mempunyai masalah kesihatan dan tekanan perasaan.

Keadaan berjaya dikawal anggota Bomba dan Penyelamat yang tiba di tempat kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu.

Mangsa dibawa ke bilik rehat sekolah sebelum dihantar ke Hospital Putrajaya untuk tindakan selanjutnya.

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers