Friday, 17 March 2017

Guru bongkar sikap remaja pandu kereta lawan arus ketika di sekolah

Tags

Butterworth: “Dia jarang bawa buku ke sekolah dan hanya membawa sikat dan cermin. Malah, dia suka duduk bersendirian sambil menyikat rambut,” kata seorang guru kepada remaja perempuan yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan maut membabitkan enam kenderaan di Kilometer 134, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, pagi Selasa lalu.

Guru yang enggan dikenali itu berkata, dia mengajar remaja berkenaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Mark, di sini, ketika dia di tingkatan dua dan sering melihat pelajarnya itu bersendirian.

“Saya jarang mendengar dia menimbulkan masalah di sekolah dan dia tidak mempunyai ramai rakan serta sering ke mana-mana seorang diri.

“Selain itu, remaja itu mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) kerana masalah dalam pembelajaran,” katanya.

Usaha Harian Metro untuk menemu bual keluarga remaja itu gagal selepas rumah didiami mereka di Taman Desa Murni, Sungai Dua, dekat sini kosong.

Manakala jiran kepada keluarga remaja berkenaan memberitahu keluarga itu memang peramah dan sering bersembang dengan mereka.

Seorang lelaki berusia 50-an yang enggan dikenali berkata, dia tidak pernah berbual dengan remaja berkenaan yang juga anak bongsu daripada dua beradik.

Katanya, pada jam 6.45 pagi hari kejadian, dia melihat kereta dinaiki remaja berkenaan masih berada di rumah dan terkejut sebaik terlihat berita mengenai kemalangan berkenaan.

“Ketika keluar bekerja pada pagi kejadian, saya masih melihat kereta itu berada di rumah itu,” katanya.

Jiran itu berkata, selepas kejadian keluarga itu masih di rumah, tetapi mereka keluar sejak kelmarin dan belum pulang.

Dalam kejadian Selasa lalu, seorang lelaki berusia 26 tahun maut selepas terbabit kemalangan membabitkan enam kenderaan angkara tindakan seorang remaja berusia 19 tahun memandu lawan arus secara melulu.

Sumber: Hmetro

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers