Sunday, 19 March 2017

Cikgu batal percutian, sertai operasi mencari & menyelamat

Tags

Hulu Selangor: Dua daripada lapan murid SK Taman Bunga Raya 1 yang dihanyutkan air deras di Kampung Timah, Bukit Beruntung, di sini, semalam, adalah penyerang terbaik sekolah itu.

Gandingan Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12, dan Muhammad Aiman Fitri Md Asmadi, 12, sememangnya menjadi pilihan utama jurulatih mereka dalam setiap kejohanan di peringkat daerah.

Jurulatih Wan Mohd Firdaus Wan Abdullah, berkata kedua-dua anak didiknya itu memang berbakat dan mempunyai potensi untuk berjaya dalam sukan itu.

“Saya gandingkan mereka sejak kedua-duanya berusia 10 tahun dan pada perlawanan persahabatan, Rabu lalu, merekalah yang menjaringkan gol.

“Saya terkejut dengan kejadian yang menimpa mereka berdua,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Sedih dengan kejadian itu, Wan Mohd Firdaus membatalkan hasratnya untuk pulang ke kampung dan turut sama melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Sepatutnya kedua-dua mereka ada latihan, petang semalam, tetapi disebabkan hujan, ia dibatalkan. Mereka berdua adalah budak yang baik,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang semalam, lapan kanak-kanak dari kawasan perumahan berdekatan dihanyutkan air ketika mereka menangguk ikan di Sungai Selangor itu.

Seorang daripada mereka terselamat, lima ditemui lemas manakala dua lagi masih hilang.

Operasi SAR dua lagi iaitu Muhammad Ikhwan Mohd Ridwan 10, dan Muhammad Aiman masih dijalankan ketika berita ini disiarkan.

Masih dicari

Muhammad Aiman Kamarul, 12

Mohd Ikhwan Mohd Ridhuan, 10

Lemas

Mohd Aiman Fitri Md Asmadi, 12

Amirul Hakimi Khairul Amru, 9

Shahrizwan Abdullah, 10

Shahrizat Abdullah, 12

Mohd Iskandar Shah Abdullah, 11.

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers