Monday, 6 March 2017

Bagaimana nak atasi kerenah ibu bapa? 'Berkawanlah' dengan mereka...

Tags

Ini petua aku sejak hari pertama menjadi guru. Aku tak pernah lihat ibubapa itu sebagai ibubapa, tapi aku melihat mereka sebagai seorang kawan.

Lihat ibubapa berkeliaran di kawasan sekolah, aku cepat-cepat menyapa. Berborak tentang apa sahaja. Atau kalau aku sibuk mengejar kelas, senyuman pasti akan dilemparkan sebagai tanda sapaan.

Di saat rakan sejawat lain ber'tuan' 'puan' dengan ibubapa yang datang, aku hanya ber'abang' 'kakak' dengan mereka. Lebih mesra, lebih cepat hubungan kami rapat.

Bila kita sebagai guru dapat 'pegang' ibubapa, segala urusan kita menjadi senang. Urusan sekolah, urusan tak rasmi, malah urusan luaran juga jadi mudah.

Mereka menghulur bantuan dengan rela bila kita mohon. Terkadang, mereka yang menawarkan bantuan terlebih dahulu.

Kau rotan atau denda anak mereka? Tiada masalah. Mereka takkan melatah kerana kau dah jadi kawan mereka. Takkan mereka nak serang kawan sendiri, ye tak?

Aku selalu sangat bila merotan/mendenda murid, sebaik terserempak dengan ibubapa mereka aku akan bertanya,

" Kak, anak akak tak cakap ke saya rotan dia sampai menangis semalam?"

" Dia ada cakap. Saya cakap, padan muka. Siapa suruh nakal sangat," respon kebanyakan ibubapa.

Bila mengadu apa sahaja kekurangan sekolah dan kelas, cepat-cepat mereka cari dana. Mereka buat kutipan derma kilat. Tak dan 2-3 hari, apa jua kekurangan yang aku ajukan mereka tolong selesaikan.

Jenis aku pula, kalau berkawan memang sampai ke rumah. Bukan sekadar bertukar senyuman di sekolah sahaja. Ke rumah mereka aku ziarah lagi. Dan aku tak pernah pilih bulu.

Yang duduk rumah setinggan pun aku ziarah, yang duduk kondo mewah pun aku pergi juga.

Ada guru nak berkawan dengan ibubapa yang kaya-raya sahaja. Nak ambil kesempatan. Nanti majlis apa-apa mereka panggil cikgu tu. Puihhh. Hati tu, betulkan dahulu.

Ada guru begitu berlagak dengan ibubapa. Kalau selisih di sekolah, nak senyum pun payah. Bercakap pula dengan nada sinis kalau tidak suka. Acuh tak acuh kalau yang datang itu orang biasa-biasa.

Kalau yang datang itu ibubapa yang ada-ada, senyumnya sampai ke telinga. Dilayan baik-baik, cakap yang manis-manis.

Mengharapkan hari guru nanti dapat hadiah berjenama la tu. Mengharapkan kalau si kaya itu buat majlis besar, dia akan dijemput sama. Puihhh.

Kat muka buku pun dia pilih kawan. Nampak ibubapa yang biasa-biasa hantar request nak jadi friend, cepat-cepat dia delete. Atau dibiarkan request itu berkurun lama.

Kalau nampak ibubapa itu orang ada-ada, dia dulu yang hantar friend request. Tergedik-gedik nak kawan dengan ibubapa yang kaya. Padahal mereka tengok kau pun meluat. Puihhh.

Padan la sedikit silap kau buat, mereka datang menyerang dengan cepat. Silapnya dari kau juga.

Terlalu ego dengan 'tittle' kau seorang guru. Ego sampai merendahkan orang lain. Sampai nak hadiahkan senyuman pun payah.

Kau nak dihormati? Kau dahulu hormat kat orang. Baru berkali ganda orang pulangkan penghormatan itu.

Sumber: MFS

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers