Thursday, 2 March 2017

Ali Hamsa arah tindakan tatatertib diambil ke atas pemandunya sendiri

Tags

JIKA sebelum ini netizen membuat laporan salah laku penjawat awam kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa di media sosial, kali ini pemandu rasmi beliau pula menerima nasib sama.

Sebuah laman facebook pada 28 Februari 2017 lalu bertindak memuatnaik sebuah gambar yang menunjukkan kereta rasmi KSN sedang diletakkan di sebuah kawasan komersial di Presint 8, Putrajaya pada jam 11 pagi.

Menurut laman facebook tersebut, KSN seolah-olah bertindak tidak adil kerana menegah para penjawat awam untuk memonteng kerja, sedangkan beliau sendiri pergi minum pada waktu bekerja.

“Peerrgghh hebat tu pukul 11.00 pg KSN gi minum kalau staf lain dah tentu kena buang kerja …


“ini lah diibaratkan ibu ketam suruh anak nya jalan tegak tapi bapak nya tetap jalan mengereng ketepi,” tulis pengendali facebook berkenaan.
Namun demikian, gambar yang dimuatnaik oleh laman facebook itu telah dikongsikan di laman twitter kepada Ali yang mendapat respon pantas dari beliau sendiri.

Dengan nada yang tegas tidak akan berkompromi kepada mana-mana penjawat awam yang melakukan kesalahan, KSN memuatnaik kenyataan bahawa pejabatnya sedang mengambil tindakan tatatertib keatas pemandunya itu.

“Terima kasih atas makluman tindakan tatatertib sedang diambil terhadap pemandu saya,” tulisnya dalam twitter @DrAliHamsa.

Namun, dapat dikesan terdapat netizen yang cuba mempertahankan kebenaran dengan menyatakan bahawa sewaktu laman facebook itu memuatnaik gambar berkenaan, KSN tidak berada di kawasan komersial sebaliknya sedang dalam majlis rasmi di Dewan Puspanitapuri Putrajaya.

Apapun, dengan keterbukaan yang diamalkan di negara kita ini apatah lagi kewujudan media sosial yang mudah dan cepat, sesiapa sahaja mampu untuk membina persepsi buruk keatas pihak yang tidak disukai dengan terburu-buru dan tanpa usul periksa.

Sewajarnya, perkara sebegini haruslah para netizen untuk mengambil nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya mengamalkan sikap wasatiyyah dan tabayyun sebelum memuatnaik sebarang perkara sensitif di media sosial.

Walaupun begitu, kita harus mengucapkan syabas kepada KSN kerana beliau sanggup menyantuni netizen di media sosial walaupun menghadapi tugas lain yang lebih berat dan penting.

Sumber–Tv14

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers