Friday, 17 February 2017

Tiga murid nyaris diculik depan sekolah

Tags

Gambar hiasan
Labuan: Tiga murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan St Anne di sini nyaris dilarikan tiga lelaki dalam van bercermin gelap di depan pintu masuk sekolah mereka, tengah hari semalam.

Lelaki berkenaan yang menaiki van mulanya menawarkan gula-gula kepada seorang daripada pelajar itu tetapi ditolaknya dalam insiden yang berlaku selepas aktiviti kokurikulum sekolah tersebut pada 4.45 petang.

Ketika itu juga, pintu van tersebut dibuka seluasnya, dalam apa yang dianggap percubaan untuk menarik ketiga-tiga pelajar berkenaan ke dalam kenderaan tersebut.

Menceritakan kejadian itu, ibu seorang murid berkenaan berkata, ketiga-tiga lelaki tersebut kemudian melarikan diri dengan van itu apabila pengawal keselamatan sekolah menghampiri mereka.

Wanita itu berkata, polis mengambil keterangan daripada anak perempuannya yang juga seorang daripada murid terbabit.

Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin berkata, pihak sekolah harus memastikan murid terutama mereka yang masih di sekolah rendah menunggu kenderaan atau keluarga mereka di dalam kawasan sekolah selepas waktu persekolahan.

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers