Friday, 17 February 2017

Tiada Rancangan Kurangkan Jumlah Penjawat Awam – Ali Hamsa

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk mengurangkan tenaga kerja penjawat awam meskipun terdapat kritikan mengenai jumlahnya yang tinggi di saat negara berhadapan dengan kelembapan ekonomi.

Jelas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, jumlah penjawat awam di negara ini tinggi berbanding negara lain kerana ia turut meliputi kakitangan polis, tentera, kesihatan dan juga pendidikan.

"Perkhidmatan awam (di Malaysia) termasuk kakitangan polis, tentera, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Ia tidak sama seperti definisi perkhidmatan awam yang digunakan di negara-negara lain.
jobs from my.neuvoo.com

“Itulah sebabnya kita seolah-olah mempunyai lebih banyak penjawat awam di negara ini," jelasnya.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap cadangan pihak tertentu yang menggesa kerajaan untuk mengurangkan jumlah penjawat awam.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepecs) sebelum ini turut menyatakan pendiriannya menolak cadangan tersebut.

Google+ Followers