Sunday, 5 February 2017

Sekolah disaran wujudkan Peti Aduan Disiplin Murid - Menteri Pendidikan

PADANG TERAP 5 Feb. - Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan Peti Aduan Displin Murid dalam usaha mencegah kegiatan salah laku dalam kalangan pelajar sekolah.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementerian menggalakkan pihak sekolah menyediakan peti aduan tersebut dan memastikan ia digunakan sebaik mungkin.

“Melaluinya diharapkan semua pelajar di sekolah rendah dan menengah dapat menyalurkan maklumat berkaitan salah laku di sekolah atau luar sekolah kepada pihak berkuasa.

“Pelajar juga tidak perlu risau tentang kerahsiaan maklumat yang disalurkan kerana pihak sekolah mempunyai kaedah tertentu untuk mengendalikan maklumat dari peti berkenaan, “ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Jom Ke Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad di Kuala Nerang di sini hari ini.

Program Jom Ke Sekolah merupakan kerjasama antara Kementerian Pendidikan dan PDRM dalam usaha menangani masalah disiplin dan salah laku pelajar. - UTUSAN ONLINE

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers