Wednesday, 1 February 2017

Sekolah benar 'pinjam' markah untuk lulus periksa

Tags

BEIJING 31 Jan. - Sebuah sekolah menengah di Nanjing mewujudkan sistem ‘bank gred’ unik yang membolehkan pelajar ‘meminjam’ markah untuk lulus dalam peperiksaan dan sebelum ‘membayarnya’ semula pada ujian berikutnya.

Menurut portal Oddity Central, inisiatif berkenaan diwujudkan oleh Sekolah Tinggi No. 1 Nanjing dalam usaha mengurangkan tekanan serta persaingan sengit yang sering dihadapi pelajarnya melalui sistem pendidikan berasaskan peperiksaan.

Sistem inovatif yang diper­kenalkan tahun lalu itu membantu pelajar menambah markah bagi mana-mana mata pelajaran yang gagal, tetapi seperti juga bank sebenar, penggunanya perlu membayar ‘pinjaman’ tersebut mengikut waktu yang ditetapkan bersama faedah.

Pelajar perlu berusaha keras untuk mendapatkan markah tambahan dalam peperiksaan seterusnya namun terdapat juga guru-guru membenarkan anak muridnya membayar balik hutang mereka dengan menjalankan eksperimen makmal atau memberi ucapan umum manakala mereka yang gagal berbuat demikian akan disenarai hitam.

Guru fizik di sekolah ber­kenaan, Mei Hong berkata, bank gred itu diilhamkan oleh pihak pengurusan untuk menawarkan peluang kedua kepada pelajar selain mendorong mereka untuk berusaha lebih keras dalam semua mata pelajaran.

“Perbezaan antara 59 dan 60 markah adalah sangat tipis tetapi menentukan sama ada pelajar itu gagal atau lulus, sekali gus memberi impak yang besar kepada emosi dan gred keseluruhan mereka.

“Dengan adanya bank gred ini, pelajar dibenarkan meminjam satu markah berharga yang diperlukan untuk lulus selagi mereka bersetuju untuk ‘membayar’ kembali berserta ‘faedahnya’,” jelasnya.

Guru Besarnya, Kan Huang berkata, bank gred tersebut adalah sistem perintis yang hanya disediakan untuk 49 pelajar kelas khas gred 10 dan sehingga awal bulan ini, 13 daripada mereka telah membuat pinjaman markah daripada bank itu.


jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers