Sunday, 19 February 2017

Pihak sekolah diarah kesan saki baki geng basikal

Tags

Johor Baharu – Jabatan Pendidikan Negeri Johor mengarahkan pihak semua supaya mengesan dan memberi sesi kaunseling kepada pelajar terbabit dengan kumpulan yang melakukan aktiviti berbasikal waktu malam di sekitar bandar raya ini.

Pengarahnya, Shaharudin Sharif berkata, pihak sekolah sering kali memberi nasihat dan amaran kepada pelajar yang terbabit dengan kumpulan berbasikal semasa perhimpunan sekolah namun masih ada segelintir pelajar ingkar dengan peringatan tersebut.

Justeru, beliau menasihatkan ibu bapa murid supaya melarang anak-anak mereka keluar lewat malam serta memantau pergerakan dan aktiviti mereka.

Tambahan pula, ibu bapa juga memainkan peranan penting dengan melupuskan basikal-basikal yang diubah suai tanpa ciri-ciri keselamatan yang dimiliki anak-anak mereka.

Beliau berkata demikian semasa melawat waris keluarga di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini. – Bernama

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers