Friday, 3 February 2017

Pencalonan bagi Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan Tahun 2017

Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan Tahun 2017 adalah anugerah peringkat kebangsaan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada guru sekolah. Anugerah ini menjadi lambang pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan, kewibawaan dan sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai seorang pendidik yang menunjukkan pencapaian istimewa dalam bidang keguruan.

Bahagian di Kementerian Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan/atau Kesatuan/ Persatuan Guru boleh mengemukakan cadangan calon yang menepati kriteria seperti yang dihuraikan dalam Panduan Pencalonan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan Tahun 2017 (Lampiran A).

Semua pencalonan adalah melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Kesatuan dan Persatuan serta Bahagian KPM masing-masing. Borang Cadangan Pencalonan Anugerah Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 (Lampiran B) yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:

Urus Setia Pencalonan Tokoh Guru Kebangsaan Tahun 2017
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3-5, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Sektor Penaziran Kepimpinan Institusi Pendidikan)


Tarikh tutup permohonan : Jumaat, 3 Mac 2017.


Muat Turun
BilTajuk
1Surat Calon Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan Tahun 2017Muat Turun
2Lampiran A: Panduan Pencalonan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan Tahun 2017Muat Turun
3Lampiran B: Borang Cadangan Pencalonan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan Tahun 2017Muat Turun
jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers