Tuesday, 7 February 2017

Penambahbaikan Skim Guru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Skim Guru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sering menjadi bualan hangat di kalangan warganya.

Kedudukan gred guru-guru di sekolah terutama di sekolah rendah ada yang mencecah sehingga DG48 KUP walaupun hanya bergelar guru biasa manakala gred Guru Besarnya pula hanyalah DGA 34. Perjawatan Penolong Kanan di sekolah rendah pula masih lagi DG32 Hakiki. Walaupun kini KPM menawarkan skim flexi untuk guru-guru bergred DG44 untuk pegang jawatan tersebut, namun ianya hanyalah KUP.

Menteri Pendidikan, Dato Seri Mahdzir Khalid melalui satu penulisan di dalam akaun Facebook rasmi beliau telah menyatakan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM) telah menyenaraikan di dalam SKT tahun ini berkenaan cadangan kajian penambahbaikkan skim PPP (DG) mengambilkira perkembangan semasa.

Beliau turut memaklumkan, Skim PPP yang berkuatkuasa sekarang telah dikaji semual pada tahun 2014 dan ia telah ditambahbaik selaras dengan hasil kajian skim perkhidmatan yang lain pada tahun 2015.

Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga difahamkan tidak mempunyai apa-apa halangan terhadap cadangan penambahbaikkan skim PPP untuk kajian skim yang akan datang.

Kami tidak pasti bagaimana penambahbaikkan yang dimaksudkan tetapi berharap ada satu lonjakan yang sempurna dalam memartabatkan guru-guru terutama yang berada di sekolah rendah.

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers