Wednesday, 8 February 2017

Pelajar tingkatan 4 dakwa dikasari, baju dicekak guru disiplin

Tags

ALOR SETAR 08 FEBRUARY 2017. (ASM191S)
 Naharudin Azizan, 38, melakonkan
semula bagaimana guru disiplin
 didakwa mencekak baju anaknya
 Nahar Danial Aiman.
 FOTO Shahrizal Md Noor
Alor Setar: Pelajar tingkatan empat mendakwa dikasari guru disiplin sekolahnya di hadapan pintu pagar sekolah, hari ini.

Dalam kejadian 7.40 pagi itu, mangsa Nahar Danial Aiman Naharudin, 16, mendakwa dicekak dan dipukul serta disepak kerana tidak berpakaian kemas apabila baju tidak dimasukkan ke dalam seluar kerana terlewat bangun dan bergegas ke sekolah.

Nahar Danial berkata, guru terbabit memarahi sebelum memukul kepalanya menyebabkan dia meminta guru itu tidak terus memukulnya, namun sebaliknya lelaki terbabit mencekak baju dan menumbuk di belakang kepala, muka, bahu selain menyepak kakinya.

"Saya ketika itu tidak melawan kerana bimbang akan dibuang sekolah malah memberitahunya sakit di kepala namun tidak diendahkan sebaliknya dia mengugut saya dengan berkata: 'hang tak kenal lagi aku siapa'.

"Selepas memukul saya, dia terus menyuruh saya beredar ke kelas namun kerana kesakitan tambahan bahu saya pernah patah Oktober tahun lalu menyebabkan saya bimbang berlaku kecederaan dalaman sebelum menghubungi ayah memaklumkan kejadian itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Merbau, Jalan Datuk Kumbar, di sini, hari ini.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber: Hmetro
jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers