Sunday, 19 February 2017

Guru maut kereta bertembung trak

Tags

KABONG: Seorang guru lelaki maut dalam kemalangan yang berlaku di kawasan jalan Sarikei-Saratok pagi tadi.

Mangsa Karim Sabli, 44, beralamat di Kampung Sungai Endot Kabong dan merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Nanga Drau Saratok.

Mangsa baru sahaja mengajar di sekolah baharunya selepas berpindah dari Miri.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi tadi mangsa menggunakan kereta jenis Toyota Wish telah bertembung dengan sebuah trak yang datang dari arah Sarikei.

Akibat perlanggaran teruk itu kereta mangsa remuk dan terhumban ke tepi jalan. Mangsa dilaporkan meninggal serta-merta di tempat kejadian.

Lokasi kejadian berlaku turut dikenali sebagai selekoh kayu balak di mana di kawasan selekoh itu menempatkan kayu balak.

Mayat mangsa kini bearada di hospital Sarikei untuk siasatan lanjut.

Turut berada dalam kendeaan itu adalah dua orang wanita yang dilaporkan turut cedera.

– Sarawakvoice



jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers