Monday, 6 February 2017

Dr. Ismail perintis Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif

Peserta Bengkel Merancang PAK-21 Melalui
Aplikasi Model Reka Bentuk Pengajaran ASIE
mencuba perisian itu di SMK Dato Shahardin,
Labu, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Penasihat Utusan Pelajar dan Tutor Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain berjaya membangunkan Sis­tem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif (Collaborative Instructional Design System, CIDS) yang pertama di dunia.

Menurut Dr. Ismail, CIDS ini dihasilkan daripada penambahbaikan Model ASIE yang merupakan model reka bentuk pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21).

“Penambahbaikan yang dibuat berdasarkan cadangan pihak penilai di peringkat antarabangsa su­paya Model ASIE dijadikan sa­tu bentuk sistem reka bentuk pe­ngajaran yang dinamakan sebagai CIDS yang belum lagi wujud dalam mana-mana negara,” katanya.

Model ASIE versi baharu 3.0 sedang dirintis di beberapa buah sekolah di daerah Klang dan Tanjung Karang, Selangor serta di Negeri Sembilan.

Pada Disember 2016, ramai peserta antarabangsa memberi maklum balas positif terhadap Model ASIE yang dibentangkan di Universiti Freiburg, Jerman.

Malah, Model ASIE juga dijadikan kajian akademik untuk dilaksanakan dalam kalangan guru-guru praperkhidmatan di Turki.

Dalam masa terdekat, Model ASIE akan dilengkapi beberapa ciri baharu seperti aspek Professional Learning Community (PLC) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru.

Menurut Dr. Ismail, konsep PLC dalam Model ASIE ini membolehkan guru berkongsi ilmu dengan komuniti luar di dalam dan di luar negara daripada pelbagai disiplin pengetahuan serta kepakaran.

“Interaksi itu membantu mendapatkan input bagaimana pem­belajaran yang diajar berkaitan rapat dengan isu kebolehpasaran kerja pelajar, dan ini memantapkan lagi PdPc guru” ujarnya.

Selain itu, Utusan Pelajar menggunakan Model ASIE sebagai senarai semak untuk guru merancang pelaksanaan PAK-21 di sekolah.

-Utusan Malaysia

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers