Monday, 20 February 2017

Cadang perkenal subjek pengajian alam sekitar di sekolah

Tags

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 20 Feb. - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bercadang untuk memperkenalkan subjek alam sekitar dalam sukatan pelajaran di sekolah bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya akan berbincang dengan kementerian pendidikan agar cadangan tersebut dapat diketengahkan.

“Pencemaran alam sekitar di negara ini banyak berpunca daripada tindakan masyarakat sendiri yang membuang sampah di merata-rata tempat.

“Kerajaan serius dalam menangani isu berkaitan alam sekitar dan salah satu cara efisien ialah menerusi pendidikan awal di sekolah,” katanya dalam sidang akhbar Simposium Inovasi NRE 2017, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers