Tuesday, 14 February 2017

6 Etika Ibu Bapa Perlu Jaga Ketika Bekomunikasi Dalam Grup WhatsApp Sekolah

Tags

Sumber: GPS Bestari

Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Norashikin Hashim berkata, sudah menjadi perkara biasa ibu bapa 'mengarahkan' macam-macam benda kepada guru di sekolah.

Tapi biasanya lebih kepada hal peribadi anak seperti 'anak sakit perut, cikgu tolong sapu ubat', 'kerja sekolah anak belum siap, jangan marah dia ye cikgu' dan macam-macam lagilah.

Penubuhan grup WhatsApp sebenarnya bukan untuk beri peluang kepada ibu bapa 'arah' cikgu, tetapi ia wujud untuk menyampaikan informasi penting berkaitan sekolah dan isu-isu tertentu.

"Sebagai ibu kepada empat anak yang tiga daripadanya bersekolah, saya agak pelik juga dengan kerisauan ibu bapa yang berlebihan.

Tak salah untuk risaukan anak-anak, tapi jangan bagi 'arahan' pelik untuk guru. Ini kerana, ia akan memberi tekanan kepada mereka. Mana nak mengajar, mana nak reply WhatsApp, mana nak tengokkan anak-anak lagi.

"Selain itu, ada juga parents yang tanya guru tentang anak dia dibuli. Siap buat open post lagi seperti 'ada ke kes buli berlaku dalam kelas hari ini? Sebab anak saya kena buat dengan kawan dia...'

"Ini betul-betul berlaku dalam grup saya sebelum ini. Saya terus menyampuk dan tegur dengan berhemah berdasarkan kes yang berlaku ke atas anak yang dibaling batu oleh budak sekolahnya sehingga kepala berdarah.

Hingga ke hari ini, saya tidak tahu siapa yang baling batu tersebut kepada anak dan nasihat kepada parents lain, jangan kita menggali siapa yang buat, serahkan kepada cikgu. Yang penting anak-anak selamat," katanya.

Selain jadikan guru sebagai 'bibik', ibu bapa juga harus menjaga etika sepanjang ber-whatsApp terhadap perkara-perkara lain.

1. Jangan iklan perniagaan sendiri mahu pun orang lain di dalam grup. Itu grup untuk makluman sekolah dan kelas sahaja.

2. Jangan beri arahan macam-macam kepada guru seperti tengokkan anak saya, tolong tengokkan dia bawa buku ke tak, dan sebagainya - PM tepi jika perlu pertolongan.

3. Jangan menerjah grup jika berlaku kes tidak diingini seperti kita menyangka ada kes buli dalam kelas. Kita pun tanya dalam grup macam-macam. Sila PM tepi. Serah pada guru untuk buat siasatan. Bukan tindakan sendiri.

4. Jangan mengharap cikgu balas atau respons secepat mungkin. Cikgu banyak kerja di sekolah. Nak layan 30 - 40 budak dalam satu kelas. Beri cikgu masa.

5. Jangan overshadow cikgu. Cikgu belum jawab, dia jawab dulu. Sekali salah lah pulak jawapan tu. Kalau nak tolong respons biarlah secara berhemah - Saya tolong jawabkan untuk cikgu ya.

6. Jangan buat grup macam grup jiran tetangga atau grup mesyuarat tingkap jiran belakang. Ini grup formal. Tak semua ibu bapa di situ kita kenal.

"Saya buat enam jangan dalam grup WhatsApp kelas anak sebagai rujukan untuk semua ibu bapa.

"Cikgu adalah tuan rumah kepada grup tersebut. Jadi kita kena hormat peraturan yang telah disediakan. Guru juga kena berani ambil risiko terhadap apa kemungkinan selepas ini. Bila kedua-dua belah pihak faham syarat-syarat, grup WhatsApp pastinya akan berjalan lancar tanpa wujudnya sebarang isu," ujarnya.

Sumber: GPS Bestari
http://www.gpsbestari.com/berita/perlu-ada-etika-jangan-main-terjah-membabi-buta-jaga-perasaan-guru-dan-ibu-bapa-lain-1.627868
jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers