Monday, 2 January 2017

Viral kedudukan lencana & nama murid, tiada arahan khusus daripada KPM

Berikutan viral mengenai kedudukan lencana sekolah dan nama murid pada baju sekolah murid di media sosial, kami kongsikan sedikit maklumat berkenaan perkara tersebut.

Terdapat banyak surat pekeliling (SPI) yang berkaitan dengan pakaian. Antaranya:

  • SPI 4/1969
  • SPI 3/1971
  • SPI 3/1976
  • SPI 2/1977
  • SPI 12/1978
  • SPI 2/1985
  • SPI 8/1985
  • SPI 3/1992
  • SPI 6/1993

Walaupun begitu, tiada satu pun SPI menjelaskn tentang kedudukan lencana sekolah.

Namun begitu SPI 3/1983 pada lampirannya gambarajah pemakaian baju lelaki dan perempuan dilakarkan kedudukan lencana sekolah, iaitu atas kocek sebelah kiri bagi lelaki n perempuan juga sebelah kiri baju @ telekong. Lebih lanjut rujuk ms 208 - 221 Buku Kuning.
Oleh itu pada hemat kami peraturan yang dikemukakn oleh sekolah-sekolah berkenaan boleh diguna pakai dan tidak menyalahi SPI 3/1983.
Berkenaan kedudukan nama dibawah lencana sekolah, KPM TIDAK meletakan apa-apa syarat @ peraturan. Sekolah boleh buat begitu atas nama peraturan-peraturan kecil sekolah.

MUAT TURUN:

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/1993 : Pakaian Seragam Sekolah


jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers