Friday, 6 January 2017

Universiti tak iktiraf graduan Kolej Vokasional tanpa SPM


Pelajar lepasan Kolej Vokasional (KV) tidak layak melanjkutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda meskipun memmpunyai Diploma Vokasional Malaysia (DVM) kerana unversiti awam (UA) TIDAK MENGIKTIRAF diploma tersebut.

Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia Malaysia (MTUN) menetapkan antara syarat kelayakan untuk memasuki program ijazah sarjana muda ialah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun graduan DVM tidak menduduki peperiksaan itu.

Pelajar terbabit memasuki KV menggunakan keputursan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan mengikuti kursus kemahiran itu selama empat tahun tanpa perlu menduduki SPM untuk memperoleh DVM.

Tak layak kerja sektor awam

Isi timbul berikutan kegusaran ibu bapa pelajar KV mengenai masa depan anak mereka juga tidak layak untuk bekerja di sektor awam atas alasan sama, iaitu tidak memeliki SPM.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Mlaysia Pahang (UMP), Prof Datuk Dr Rosli Mohd Yunus, berkata MTUN hanya bersedia menerima graduan DVM bagi mengikuti program teknologi kejuruteraan dengan syarat mereka mengikuti kursus peralihan selama satu atau dua semester di empat universiti MTUN.

"Kursus peralihan ini memerlukan graduan DVM mengambil beberapa mata pelajaran teras, iaitu Sains dan Matematik bagi mempersiapkan mereka mengikuti program peringkat ijazah sarjana muda teknologi kejuruteraan.

Tumpu subjek kemahiran

"Subjek ini penting kerana ketika di KV pelajar terbabit tidak menduduki SPM, sebaliknya lebih memberikan tumpuan kepada subjek kemahiran, namun saya menjangkakan hanya sekitar 10 peratus pelajar berminat untuk mengikuti kursus peralihan ini," katanya menurut laporan Berita Harian.

Pelajar KV mengikuti pengajian selamat empat tahun dengan mengambil Sijil Vokasional Malaysia (SVM) pada tahun kedua sebelum menduduki DVM pada tahun terakhir.

Bagaiamanapun, Rosli berpendapat graduan DVM wajar diberi peluang yang lebih luas untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda di univerisiti MTUN.

"MTUN perlu memikirkan program atau bidang baharu dengan menawarkan ijazah sarjana muda profesional untuk lepasa KV berdasarkan minat dan kemahiran mereka, bukan hanya bergantung kepada teori semata-mata.

"Kita akan bekerjasama dengan agensi kompetensi antarabangsa untuk mendapatkan pengiktirafan profesional dalam bidang ini selain berbincang dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi mendapat pengiktirafan pada masa hadapan," katanya.

Sumber: Berita Harian


jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers