Thursday, 12 January 2017

Tolak budaya rasuah di sekolah

Tags

KOTA KINABALU 12 Jan. - Para pengetua dan guru besar di semua sekolah di negeri ini diingatkan supaya tidak menyalah guna kuasa dengan menolak budaya rasuah dalam persekitaran persekolahan.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Maimunah Suhaibul berkata, beliau tidak akan berkompromi kepada mana-mana pegawai atau warga kerja jabatan pendidikan negeri yang didapati terlibat dalam aktiviti rasuah. 

jobs from my.neuvoo.com
Menurutnya, beliau akan memberi komitmen sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengekang kes penyelewengan dan rasuah di peringkat jabatan, pejabat pendidikan daerah serta sekolah di Sabah. 


“Saya telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah SPRM, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap dan menyatakan jaminan untuk terus memberi kerjasama kepada suruhanjaya itu bagi mengekang budaya rasuah dalam kalangan warga kerja Jabatan Pendidikan Sabah.


“Oleh itu, saya ingin memberi amaran kepada semua pihak terutama pengetua dan guru besar jangan salah guna kuasa dengan memberikan tender pembekalan kepada ahli keluarga,” katanya ketika berucap pada perutusan awal tahun Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah 2017, di Auditorium Kompleks Persekutuan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Google+ Followers