Thursday, 19 January 2017

Tarikh Awal Muharam diubah kepada 22 September - JAKIM

Tags

KUALA LUMPUR: Tarikh Awal Muharam (Maal Hijrah) bagi tahun ini diubah dari Khamis 21 Sept kepada Jumaat 22 Sept.

Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu dimaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu surat pada 9 Jan lepas.

Perubahan tarikh Awal Muharam (Maal Hijrah) tahun ini disemak dan diperakukan Panel Pakar Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata, perubahan itu dibuat selepas panel pakar itu mengesan kesilapan teknikal semasa meneliti semula data bulan Zulhijjah 1438H, pada awal tahun ini.

Othman membuat penjelasan itu melalui satu kenyataan hari ini merujuk kenyataan rasmi semalam oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri yang Jakim sudah dimaklumkan mengenai pindaan itu melalui surat bertarikh 9 Januari lalu.

Sehubungan itu, jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan bagi 2017 juga dipinda, menurut kenyataan itu.
jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers