Friday, 6 January 2017

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) kini ditambah baik sebagai SKPMg2


Apakah itu SKPMg2 atau SKPM Gelombang 2?

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah memasuki Gelombang 2 pelaksanaannya pada tahun 2016. Tumpuan pelaksanaan dalam Gelombang 2 adalah untuk memperkenalkan perubahan struktur dan pada masa yang sama memacu peningkatan yang telah berlaku semasa Gelombang 1.

Sebelum ini kita didedahkan dengan SKPM, kini pula SKPMg2.

Kementerian telah menyemak semula instrumen penilaian kendiri Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) supaya membolehkan penilaian sekolah menjadi lebih holistik. Ia disebut SKPM Gelombang 2. Penggunaan instrumen yang ditambah baik ini akan membolehkan pentadbir sekolah menjalankan penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan prestasi sekolah.

Instrumen ini akan menggabungkan pelbagai instrumen penilaian sedia ada dalam Kementerian bagi mengelakkan pertindanan dalam penilaian, sekaligus meningkatkan kecekapan.

Untuk mengetahui apakah itu SKPMg2 atau Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2, anda boleh dapatkan bahan makluman di bawah:

1. PENGENALAN
2. DRAF SKPM G2
3. JNJK DRAF
4. STANDARD 1 -5
5. DEMO AUTOKIRA
jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers