Friday, 6 January 2017

Profesor tegur media eksploitasi paparan fizikal guru wanita sebagai daya tarikan

Gambar hiasan

Berikutan satu berita yang ditulis di Sinar Harian dan dipetik oleh blog ini (Cikgu Share) berkenaan 'guru comel' sebagai salah satu tarikan untuk ke sekolah, seorang ahli akademik telah menulis pendapatnya di laman FB beliau.
Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Timbalan Dekan di USIM berpendapat gelaran tersebut merupakan satu bentuk "objektifikasi" ke atas wanita, ke atas guru.

Menurut beliau juga, tidak sewajarnya guru dilihat dengan pandangan sebegini. Sepatutnya keilmuan mereka menjadi ukuran dan sebutan. Bahkan dalam Islam, menjadi fitnah jika ini penampilan yang dipaksakan ke atas guru wanita.

Apatah lagi tidak sewajarnya anak-anak murid diasuh dengan nilai sebegini.

Jika kekemasan yang dimaksudkan, beliau bersetuju tetapi jika rupa bentuk wajah seperti 'comel', 'lawa' dijadikan ukuran kepada seorang pendidik (seperti gambar hiasan) apatah lagi lilit tudung menjadi salah satu perkara yang diperkatakan di media utama, maka generasi bagaimana yang bakal lahirkan?

Beliau turut mempersoalkan adakah tarikan ke sekolah hanya pada kecantikan lahiriah guru perempuan?Atau gaya baju dan tudung lebih dari keupayaan menilai ilmu, kesarjanaan, sifat kependidikan dan keibuan?

Beliau merumuskan paparann media sebegini akan menyuburkan dan merancakkan lagi "objektifikasi" wanita yang selama ini didominasi oleh pertandingan ratu cantik dan pengiklanan, malah lebih mendukacitakan kerana ia dibuat di atas persada yang paling mulia, dunia persekolahan dan alam perguruan.



jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers