Thursday, 19 January 2017

Penyelidik bimbang cara pembelajaran di sekolah tak bantu peringkat universiti

Tags

SUBANG JAYA: Seorang profesor dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat melahirkan kebimbangan mengenai cara pembelajaran yang menekankan penghafalan, dengan merujuk sebuah kajian di Indonesia yang mendapati sebahagian besar orang dewasa di Jakarta setaraf tahap pendidikan mereka dengan pelajar sekolah menengah di Denmark.

“Kajian dilakukan ke atas graduan di Indonesia dari segi tahap celik, pemikiran kreatif dan aspek lain. Hasilnya sama dengan pelajar tercicir di peringkat sekolah menengah rendah di Denmark,” katanya kepada FMT.

Beliau memberi peringatan perkara sama juga mungkin boleh berlaku di Malaysia sekiranya sekolah di Malaysia tidak menyediakan pelajarnya untuk peringkat pengajian tinggi.

“Ketika mereka melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, mereka sudah ketinggalan jauh. Tiada pemahaman mendalam tentang subjek. Sebaliknya, ia sekadar ingatan hafalan, menggunakan teori dan meluahkannya dalam peperiksaan,” kata Pritchett.

Beliau berada di Malaysia untuk Forum Dasar Awam Asia 2017 yang dianjurkan bersama Harvard Kennedy School dan Jeffrey Cheah Institute of Southeast Asia di sini semalam.

Menurutnya, ukuran sebenar pendidikan ialah penguasaan mata pelajaran dengan aplikasi praktikal dan tidak terhad kepada hafalan semata-mata.

Beliau berkata, sistem sepatutnya menakrifkan semula peranan pendidikan kepada bukan sahaja persekolahan yang menumpukan kehadiran, tetapi juga idea supaya generasi muda mampu menempuh abad ke-21.

Sumber: FMT

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers