Tuesday, 10 January 2017

Penstrukturan KPM - JPN & PPD dberi kuasa buat keputusan

PUTRAJAYA 10 Jan.- Kerajaan telah meluluskan cadangan penstrukturan semula Kementerian Pendidikan bagi memberi kuasa kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam membuat keputusan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihak kementerian bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan memuktamadkan langkah tersebut selepas urusan waran perjawatan diselesaikan.

“Langkah ini dijangka dapat membangun dan memperkasa daya kepimpinan membabitkan sehingga 200 jawatan kepimpinan utama dalam kementerian,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 Kementerian Pendidikan di sini hari ini.

Pada masa sama, Mahdzir juga mengumumkan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan yang merupakan panduan serta motivasi perkhidmatan pendidikan bagi merancang untuk membangun kompetensi serta potensi diri.

“Selain itu, bermula tahun ini Kementerian Pendidikan membuat ketetapan bahawa aplikasi yang wajib diurus guru adalah Aplikasi Pangkalan Data Murid dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

“Usaha ini dapat mengurangkan beban guru dan mahu mereka lebih menumpulam perhatian kepada pembelajaran dan pengajaran,” ujarnya.




jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers