Thursday, 26 January 2017

Penggunaan ICT masih hadapi kekangan - Mahdzir

Tags

MAHDZIR Khalid melihat siri tarikh dan lokasi
Pameran Teknologi Pendidikan Dunia (BETT) 2017
yang diadakan di beberapa zon rantau pada
lawatan ke pameran tersebut di London, semalam.
-UTUSAN ONLINE
LONDON 26 Jan. - Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah di Malaysia masih tidak begitu meluas.


Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, masalah itu adalah global, bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di negara-negara lain juga.


Katanya, ini kerana banyak kawasan luar bandar dan pedalaman masih lagi tidak boleh mendapat akses Internet sepenuhnya. 


Menurutnya, susulan itu kementerian berusaha melengkapkan sekolah-sekolah awam di negara ini dengan akses Internet 4G dan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE).

jobs from my.neuvoo.com

“Untuk memastikan capaian boleh diperoleh sepenuhnya, kementerian konsisten melaksanakan capaian pemetaan untuk mengenal pasti isu tersebut,” katanya ketika berucap sempena melawat Pameran Teknologi Pendidikan (BETT) 2017 di sini semalam.


Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin.


Beliau yang mengakhiri sesi lawatan ke London selama empat hari itu berharap lebih banyak pempamer teknologi pendidikan akan menyertai BETT Asia 2017 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 15 November hingga 16 November nanti. 


“Ini kerana BETT Asia 2017 yang diadakan di ibu kota adalah untuk rantau Asia dan dengan adanya pameran itu, dapat mendedahkan para guru dengan teknologi yang boleh diguna pakai di sekolah bagi memajukan anak bangsa,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE


Google+ Followers