Thursday, 26 January 2017

Pelajar maut jatuh dari bumbung kompleks beli-belah di Ipoh

Tags

IPOH: : Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun maut selepas dipercayai terjun dari bumbung sebuah kompleks beli-belah di tengah bandar raya Ipoh pada petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, pelajar Tingkatan Lima lengkap berpakaian sekolah itu maut di tempat kejadian selepas terjun dari aras bumbung bangunan berkenaan.

“Mangsa dipercayai keluar sekolah awal, dan setelah tiba di kompleks tersebut telah naik ke "roof top" dan terjun bersama beg sekolah.

“Siasatan awal mendapati wang tunai dalam dompet mangsa tidak terusik dan polis juga tidak menemukan apa-apa elemen berunsur jenayah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Tambah beliau, siasatan terperinci akan diteruskan dan rakaman CCTV daripada kompleks membeli belah itu akan diperoleh dalam masa terdekat.

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers