Friday, 20 January 2017

Najib setuju kakitangan kerajaan naik pangkat secara merit bukan senioriti

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam berkata beliau bersetuju perlantikan penjawat awam berdasarkan merit dan bukan kekananan (seniority).

“Kita boleh membuat penambahbaikan dengan menyediakan ‘fast-lane’ untuk pegawai yang menunjukkan budaya kerja dan etika yang tinggi. Pelantikan tidak semestinya berdasarkan seniority (kekananan).

“Jika ada perubahan seperti ini orang muda boleh memainkan peranan lebih besar kepada pentadbiran negara,” katanya pada sesi Dialog Perdana Transformasi Nasional (TN50) di Universiti Malaya, malam tadi.

Beliau menjawab soalan salah seorang peserta, Wan Abdul Hadi Wan Muhammad Shafie, seorang penjawat awam berkhidmat lebih 10 tahun.

Wan Hadi berkata lebih ramai kakitangan muda perlu diberi peluang berkhidmat di peringkat lebih tinggi di jabatan kerajaan untuk memacu TN50.

Ketika pembentangan Bajet 2017 tahun lalu, Najib mengemukakan gagasan TN50 sebagai proses 3 dekad bagi menetapkan hala tuju negara, dengan digerakkan golongan muda melalui Kementerian Belia dan Sukan.

Sesi dialog semalam dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers