Tuesday, 17 January 2017

Muat Turun Surat Pekeliling Ikhtisas Garis Panduan Pemberian Kerja Rumah Murid

Kita sedia maklum mengenai peranan kerja rumah dalam memperkukuh dan memperkaya pemahaman murid terhadap sesuatu konsep pembelajaran.

Kerja rumah yang diberikan oIeh guru dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk kerja projek, penyediaan folio ataupun latihan adalah merupakan satu kesinambungan kepada pengajaran dan latihan yang diberikan di dalam kelas.

Kerja rumah juga berperanan untuk meningkatkan kemahiran murid melalui latihan
pemulihan di samping mengisi masa senggang murid di luar waktu persekolahan dengan aktiviti pendidikan.

Kementerian menyedari bahawa di luar waktu persekolahan, murid turut diberikan tugasan tambahan sama kelas-kelas tuisyen, kelas agama ataupun latihan tambahan yang diberikan oleh ibu bapa mereka sendiri.

Kementerian berpendapat bahawa murid harus diberi peluang untuk mengikuti aktiviti-aktiviti luar seperti, aktiviti kokurikulum, riadah atau masa untuk berehat bagi membentuk pengalaman dan minda yang sihat dan seimbang.

Untuk itu, pelaksanaan kerja rumah perlu
dirancang dengan teliti dan sistematik supaya hasrat ini dapat dicapai.

Pekeliling ini dikeluarkan sebagai garis panduan umum mengenai pemberian kerja rumah untuk dipatuhi oleh semua pengetua, guru besar dan guru.

Pihak sekolah juga boIeh menyesuaikan panduan umum mengikut keperluan murid,guru dan sekolah masing-masing. Garis panduan tersebut adalah seperti berikut:

(A) PERANCANGAN

i) Pihak sekolah melalui Jawatan Kuasa Kurikulum dan Panitia Mata Pelajaran masing-masing perlulah menyediakan perancangan yang lengkap dan seimbang bagi setiap kelas untuk
menjadualkan pemberian kerja rumah.

ii) Perancangan pemberian kerja rumah hendaklah mengambil kira faktor jumlah, jenis atau bentuk, kekerapan, aras kesukaran mata pelajaran dan kemampuan murid berkenaan.

iii) Faktor lain seperti masa peperiksaan, hari sukan atau aktiviti kokurikulum, hari kecemerlangan sekolah dan juga hari-hari cuti juga perlu diambil kira dalam merancang pemberian kerja rumah ini. Pemberian kerja rumah tidak seharusnya tertumpu kepada
masa cuti atau hujung minggu sahaja.

iv) Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu dimaklumkan mengenai peranan, perancangan dan pelaksanaan pemberian kerja rumah oleh pihak sekolah.

(B) PELAKSANAAN

i) Pihak sekolah perlulah memastikan setiap murid diberikan kerja rumah secara berpatutan dan bersesuaian dengan potensi dan kemampuan murid berkenaan.

ii) Pihak sekolah tidak digalakkan menyuruh murid meniru atau menyalin satu persatu soalan latihan atau kesemua pilihan jawapan dari mana-mana sumber seperti sisipan pendidikan akhbar, majalah. buku kerja dan yang sepertinya sebagai tugasan kerja rumah.

iii) Guru kelas boleh menyelaraskan jadual pemberian kerja rumah setiap minggu, bagi setiap mata pelajaran di kelas masing-masing agar setiap guru berpeluang memberikan kerja rumah secara seimbang dan sama rata.

iv) Tempoh masa menyiapkan kerja rumah mestilah mengambil kira faktor kemampuan murid, aras kesukaran mata pelajaran, jenis dan bentuk kerja rumah.

v) Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, guru perlu mempelbagaikan bentuk tugasan dan kerja rumah agar tidak hanya tertumpu kepada latihan berbentuk kertas dan pensil/pen sahaja. Tugasan boleh diolah supaya ianya menjadi lebih menarlk sepertl, folio, kerja kursus, bahan-bahan bantu belajar dan sebagainya. Selain itu, tugasan seperti, merumuskan berita di radio atau di televlsyen, mengumpulkan bahan/input di media cetak/elektronlk, membuat laporan dan pemerhatian mengikut kesesuaian tajuk dan sebagainya boleh dicadangkan.

vi) Penyemakan kerja rumah dengan segera akan memudahkan guru membuat tindaksusul seperti, langkah pemulihan atau pengayaan.

(C) PEMANTAUAN

i) Satu mekanisme hendaklah disediakan supaya jadual pemberian kerja rumah dapat diakses oleh pengetua, guru besar, guru dan murid pada setiap masa. Oleh itu, jadual ini sesuai dipaparkan di setiap bilik darjah. Mekanisme yang disediakan perlu mengambil kira jumlah kerja rumah yang
telah/akan diberl kepada murid-murid dalam sebuah kelas untuk sesuatu hari bagi setiap mata pelajaran selain mengambil kira masa yang diperlukan oleh murid untuk menyiapkan sesuatu tugasan atau kerja rumah berkenaan.

ii) Mekanisme ini juga boIeh melibatkan merekod pemberian kerja rumah dalam bentuk catatan/buku yang akan membantu memudahkan pemantauan dibuat secara sistematik dan berkesan.

iii) Pengetua, guru besar dan ketua panitia mata pelajaran hendaklah memantau pelaksanaan jadual ini agar ianya dilaksanakan dengan berkesan.

iv) Pengetua dan guru besar adalah bertanggungjawab memastikan bahawa kerja rumah yang diberikan kepada murid disemak oleh guru yang berkenaan.

Muat Turun:

SURAT PEKELILING IKHTISAS BlL. 12/2004
GARIS PANDUAN UMUM PEMBERIAN KERJA RUMAH
KEPADA MURID SEKOLAH

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers