Tuesday, 17 January 2017

Jangan tunggu format peperiksaan untuk mulakan PdP

Tags

KETUA Pengarah Pelajaran,
Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.
- Foto Ahmad Irham Mohd Noor
 SUNGAI PETANI: Golongan guru diingatkan agar tidak menunggu format peperiksaan tahun lalu untuk dijadikan rujukan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata sebaliknya guru perlu mengikuti kurikulum yang disediakan Kementerian Pendidikan yang sudah pun lengkap dan memenuhi semua aspek pendidikan pada masa kini.

"Kurikulum standard baharu bagi sekolah rendah dan menengah sudah disemak semula, kita tidak mahu ada dalam kalangan guru yang menunggu format peperiksaan lalu dan kalau tidak ada format, mereka akan guna format yang lama.

"Dalam kurikulum kita sediakan, kita sudah terangkan apa yang perlu diajar, apa yang perlu dicapai dan apa yang perlu ditafsir, itu sudah mencukupi," katanya selepas menghadiri Program Bicara Profesional, Guru Muda 1Malaysia Daerah Kuala Muda/Yan Tahun 2017 di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, dalam memperkasakan pembelajaran abad ke-21, pelajar dalam kategori berkeperluan khas dan anak-anak Orang Asli tidak akan dipinggirkan.

"Kita akan meneruskan apa yang telah dilaksanakan sebelum ini dan akan memperhebatkan lagi P&P agar golongan itu tidak ketinggalan.

"Abad ke-21 adalah pembelajaran berasaskan murid, kita menilai mereka berasaskan aktiviti, kebolehan berinteraksi, tidak tertumpu hanya kepada peperiksaan semata-mata," kata Khair. - BERNAMA

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers