Thursday, 12 January 2017

Jangan layan tuntutan iktiraf UEC - Wira Perkasa

Tags

KETUA Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN),Datuk Sabin Samitah (kiri) 
menyerahkan Ikrar Bebas Rasuahyang 
ditandatanganinya kepadaKetua Pesuruhjaya 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
Datuk Dzulkifli Ahmad semasa majlis
Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah LHDN
di Cyberjaya, kelmarin. – BERNAMA
KUALA LUMPUR 11 Jan. – Semua pihak digesa tidak melayan tuntutan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina dan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Naib Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohamad Shahiran Safwan Che Mohd. Asemari berkata, perkara itu harus ditentang oleh semua pihak ke­rana UEC bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Sehubungan itu beliau berharap, kerajaan mengekalkan pendirian supaya tidak mengiktiraf UEC yang dilihat boleh membawa ke arah perpecahan kaum.

“Sistem pendidikan kebangsaan sudah memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Malaysia dan ia jelas tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

“Aktiviti kokurikulum, pe­periksaan dan skop pembelajaran sedia ada juga memenuhi keperluan negara serta dapat memupuk perpaduan menerusi sosial, ekonomi dan politik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, Wira Perkasa turut menyambut baik gesaan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Tunku Ibrahim supaya sekolah vernakular di negeri itu diganti dengan sekolah bangsa Johor.

“Gesaan ini baik untuk semua rakyat Malaysia. Dengan wujudnya sekolah satu aliran, masyarakat akan disatukan dalam satu sistem, sekali gus memupuk perpaduan dan menge­lakkan masalah rasis,” katanya.

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers