Monday, 30 January 2017

Guru terima sumbangan takaful SSPN-i RM170,037.20

MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh (tiga kiri) bersama Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff (kiri) menyerahkan sumbangan takaful kepada Ahmad Ruzaizi Mahmud, 46 (tiga kanan) yang baru sahaja kematian isterinya di kediamannya di Kampung Gong Kepas Dalam Jertih. – Foto Nurul Fatihah Sulaini

JERTIH : Seorang guru Tak menyangka akan mendapat manfaat perlindungan takaful SSPN-i Plus berjumlah RM170,037.20 bagi pihak isterinya yang meninggal dunia, Ahad lalu.

Ahmad Ruzaizi Mahmud, 46, berkata, isterinya, Masni Ngah @ Mohd Jaiz, 44, guru agama di Kolej Vokasional Besut, baru mencarum dalam skim itu sejak April tahun lalu sebelum meninggal dunia Bila kereta dipandu terbabas ke dalam parit di Jalan Paya Rawa, Kampung Raja, Besut, sebelum ditemui lemas 22 Januari lalu.

Ahmad Ruzaizi yang juga seorang guru di Sekolah Kebangsaan Beting Lintang berkata, arwah isterinya ada memaklumkan kepadanya mahu Menciptakan caruman dalam simpanan itu untuk empat dari enam anaknya.

“Saya memberi galakan kerana caruman melalui pakej Intan sangat mampu milik iaitu hanya RM1 sahaja sehari atau komitmen RM30 sahaja setiap bulan.

“Pada waktu itu, saya memang Tak terfikir langsung mengenai manfaat perlindungan yang Akan diperoleh tetapi lebih kepada menekankan soal simpanan pendidikan masa depan anak-anak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, bersama rombongan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menyerahkan sumbangan itu di rumahnya di Kampung Gong Kepas Dalam di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff, berkata melalui skim itu, arwah dilindungi manfaat perlindungan takaful (kematian akibat kemalangan) sebanyak RM160,000 bagi empat akaun anaknya.

“Selain itu, tambahan khairat kematian sebanyak RM10,000 dan juga nilai tunai bagi simpanan takaful dengan jumlah keseluruhan RM37.20. Jumlah manfaat bergantung kepada pakej yang diambil paling minimum komitmen bulanan iaitu Intan (RM30), Delima (RM50), Topas (RM100), Zamrud (RM200), Nilam (RM300) dan maksimum Berlian (RM500),” katanya.

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers