Saturday, 28 January 2017

Garis Panduan Mencegah & Menangani Buli Dalam Kalangan Murid Ikut Pekeliling


Perbuatan buli dalam kalangan murid di sekolah merupakan perbuatan yang perlu ditangani secara serius oleh pihak pengurusan sekolah.

Buli bererti orang yang menggunakan kekuatan atau kekuasaannya untuk menakukna atau menyakitkan orang yang lebih lemah.

Perbuatan membuli boleh berlaku sama ada secara fizikal atau pun menggunakan bahasa yang boleh memberi kesan menakutkan atau menyakitkan orang yang lebih lemah.

Dalam hal ini, seseorang murid yang kena buli akan mengalami kesan emosi yang mendalam seperti menjadi murid, sentiasa dalam keadaan ketakutan, hilang keyakinan diri serta boleh mengakibatkan kecederaaan fizikal yang teruk malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Sebagai langkah pencegahan terhadap perbuatan buli ini, Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010 Garis Panduan Mencegah dan Menangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid Di Sekolah telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan.

Perkara ini menjadi topik perbualan semula selepas beberapa pihak berkepentingan seolah-olah mempertikaikan kredibiliti KPM dalam menangani isu buli ini. Pekeliling garis panduan ini juga telah dikongsikan oleh KPPM sendiri di dalam FB beliau.


jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers