Wednesday, 18 January 2017

Garis Panduan Ikut Pekeliling Potongan Rambut Pelajar Sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1976 - Potongan Rambut Murid-Murid dikeluarkan bertujuan untuk meletakkan garis panduan potongan gaya rambut murid-murid di sekolah.

Rambut Murid-Murid Lelaki

Setiap murid lelaki tidak dibenarkan berambut panjang. Istilah berambut panjang adalah seperti berikut

1. Di belakang: Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga

2. Di depan: ambut menutupi garisan tengah dahi

3. Di sebelah: Rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan "sideburn" melebihi garisan tengah hidung.

4. Di atas: Rambut lebih daripada 6 inci panjang.

Murid lelaki, guru dan kakitangan lain yang beragama Sikh boleh berambut panjang jika mereka memakai serban tetapi bagi yang tidak berserban, peraturan di atas adalah terpakai.

Misai dan Janggut

Murid tidak dibenarkan menyimpan misai atau janggut atau kedua-duanya. Istilah misai tidak termasuk bulu roma tebal yang mula tumbuh di bibir atas murid lelaki yang beransur baligh dan mereka tidaklah patut dipaksa bercukur.

Rambut Murid Perempuan

Bagi murid-murid perempuan, rambut hendaklah tidak jatuh ke bahu tetapi jika ada murid perempuan yang berambut panjang dan enggan memotong pendek, mereka boleh dinasihatkan mengikat rambut masing-masing supaya tidak jatuh ke bahu. Ikant rambut sebagai tocang atau 'ponytai' dibenarkan.

Muat Turun:

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1976 - Potongan Rambut Murid-Murid
2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2015 - Panduan Berkenaan Rambut dan Pemakaian Steel Bangle (Kara) Murid-Murid Keturunan Sikh




jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers