Wednesday, 4 January 2017

Dua murid lain ibu satu bapa mula sekolah serentak

Tags


KUANTAN 3 Jan. – Seorang bapa, Muhammad Faiz Hashim sukar menggambarkan perasaannya ketika menemani dua anak­nya memasuki tahun satu bagi sesi persekolahan baharu di Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau di sini hari ini.

Apa tidaknya, anaknya itu, Muhammad Faihi, 7, dan Muhammad Falah, 7, yang dilahirkan dalam tempoh 24 jam pada 31 Ogos 2010 di hospital dan bilik sama kini memasuki alam persekolahan bersama-sama.

Muhammad Faiz, 36, berkata, mereka bukan pasangan kembar tetapi dilahirkan ibu berbeza hasil perkongsian hidup bersama dua orang isteri.

“Muhammad Faihi di­lahirkan isteri kedua saya, Nik Noor Syuhada Kamarudin, 31, pada pu­kul 1 petang manakala Muhammad Falah lahir kira-kira 12 jam kemudian oleh isteri pertama, Syarifah Nor Fadhilah Syed Mohd. Idris, 36.

“Saya teruja kerana ketika dilahirkan, mereka di­sambut oleh doktor sama. Apabila memasuki alam persekolahan hari ini, mereka berada di dalam kelas dan diajar guru yang sama,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kisah kehidupan berpoligami Muhamad Faiz pernah tersebar apabila beliau memuat naik gambarnya sekeluarga ketika sambutan Aidilfitri Julai lalu di laman sosial Facebook.

Gambar tersebut me­maparkan dia dan dua isteri serta anak-anaknya dalam keadaan mesra sehingga menjadi perhatian netizen.

Muhammad Faiz menyifatkan situasi itu sebagai anugerah terindah buat diri dan keluarganya yang menjadi simbolik keharmonian hidup berpoligami.

“Keadaan ini membahagiakan meskipun sibuk dengan urusan seharian. Jujur saya katakan hidup kami mungkin berbeza dengan keluarga lain.

“Saya sering berpesan kepada anak-anak jika orang lain bertanya termasuk guru-guru, mereka harus menceritakan perkara sebenar. Kita berkongsi kakak, abang dan ayah,” kata perunding pelaburan itu.


jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers