Friday, 13 January 2017

Definisi 'Hadiah' Yang Dianggap Rasuah Kepada Penjawat Awam


Isu berhubung amalan memberi dan menerima hadiah adalah budaya biasa dalam masyarakat kita malah ianya amat sukar dibendung tanpa inisiatif kawalan oleh pihak atasan khususnya Ketua-ketua Jabatan.

Walaupun ianya bertujuan bagi melahirkan rasa terima kasih, persahabatan dan persaudaraan, namun maksud sebenar amalan ini amat sukar diterjemahkan. Jika dikaitkan dengan tugasan harian, perkara ini berkemungkinan menjurus kepada penyalahgunaan kuasa dan ini boleh diinterpretasikan sebagai rasuah.

Dalam usaha meningkatkan integriti, SPRM telah mendifinisikan apa maksud HADIAH sebagai penjelasan.

Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 1998 dan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U.(A) 395/1993] telah memperuntukkan keperluan tentang kawalan berhubung penerimaan dan pemberian hadiah di kalangan pegawa-pegawai awam, Jabatan Kerajaan, kesatuan dan pertubuhan yang melibatkan pegawai awam serta Kelab Kebajikan dan Sukan.

Apakah yang dimaksudkan hadiah?

Bagi maksud Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 1998 ( PP 3/1998 ), hadiah termasuklah wang, tambang percuma, saham, tiket loteri, kemudahan perjalanan, hiburan, perkhidmatan, keahlian kelab, apa-apa bentuk komisen, hamper, barang kemas, perhiasan, apa-apa benda yang bernilai yang diberi kepada diterima pegawai itu. ( Rujuk Para 4 - PP 3/1998 )

Adakah pemberian hamper yang kecil nilainya dianggap rasuah?

Peneriman atau pemberian hadiah tidak kira kecil atau besar nilainya adalah menjadi satu kesalahan rasuah sekiranya pekerja yang mempunyai majikan menerima atau memberi hadiah bagi sesuatu perkhidmatan atau tugasan rasmi daripada pembekal. ( Rujuk Para 12 – PP 3/1998 ) Nota: Keadaan ini juga merangkumi penjawat awam, swasta dan orang awam.

Bolehkan penjawat awam menerima hadiah dalam musim perayaan ?

Pegawai awam tidak boleh menerima atau menerima hadiah dalam apa bentuk sekalipun seperti hamper, Limau Mandarin, Ang Pau dan lain-lain yang ada hubungan dengan tugas rasminya. ( Rujuk Para 5 PP 3/1998 )

Bolehkah seorang penjawat awam menerima hadiah yang tiada kaitan tugas rasminya ?

Boleh diterima tetapi hendaklah sepadan iaitu nilainya kurang ¼ daripada emolumen atau kurang RM500.00 bagi makdsud hadiah yang diberi.

Sekiranya tidak sepadan iaitu melebihi emolumen atau melebihi RM 500.00, maka ianya perlu melapor kepada Ketua Jabatannya untuk kelulusan melalui Borang Lampiran A PP 3/98. Walau bagaimanapun jika nilainya melebihi RM 500.00 ianya boleh diterima dalam keadaan tertentu seperti hadiah diterima dari rakan sempena persaraan, pertukaran, pertunangan pegawai dan perkahwinan pegawai. ( Rujuk Para 7 PP 3/1998 ) Sekiranya pegawai awam masih ragu-ragu maka ianya boleh melaporkan penerimaan hadiah itu kepada Ketua Jabatan. ( Rujuk Para 8 PP 3/1998 )

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya hadiah seperti hamper atau jambangan bunga diletakkan di atas meja pegawai atau di rumah di mana pemberinya tidak diketahui ?

Bagi keadaan sedemikian, pegawai dinasihat untuk melaporkan kepada Ketua Jabatannya untuk membuat keputusan. Tindakan sedemikian bertujuan untuk menyelamatkan pegawai daripada ditohmah oleh pihak tertentu. ( Rujuk Para 6 PP 3/1998 )

Bolehkah penjawat awam menerima hadiah seperti duit raya dan Ang Pow semasa Majlis Rasmi ?

Merujuk Kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib ) 1993 Peraturan 8 (1), pegawai awam tidak boleh menerima atau memberi atau melalui pihak lain yang ada kaitan tugas rasminya.

Walau bagaimanapun dalam keadaan yang sukar ditolak, dan merasa ragu-ragu maka dengan seberapa segera melaporkan secara bertulis kepada Ketua Jabatannya untuk kebenaran.( Rujuk Para 9 PP 3/1998 )

Bagaimana sekiranya nilai hadiah yang diterima kurang RM 100.00?

Jika nilainya kurang RM 100.00 perlu lapor tanpa kebenaran melalui lampiran B. ( Rujuk Para 10, 11 PP 3/1998 )

Sebuah syarikat swasta telah diberi tender membekal peralatan pejabat kepada Jabatan Kerajaan. Bolehkah jabatan terlibat menerima sumbangan berbentuk hadiah untuk meraikan Hari Keluarga jabatan.

Ketua Jabatan mempunyai syarat-syarat tertentu untuk memberikan kebenaran seperti Lampiran C PP 3/1998.

Memandangkan Jabatan Kerajaan berkenaan telah menerimanya dan merasa ragu-ragu untuk diterima, maka penerimanya wajar melaporkan kepada Ketua Jabatanya secara bertulis untuk kelulusan.

Sekiranya Ketua Jabatanya juga dalam makluman, maka ia perlu merujuk kepada pengurusan tertingginya untuk kebenaran. ( Rujuk Para 6 PP 3/1998 ) Sekiranya nilai sumbangan tiap-tiap satu hadiah nilai kurang RM 10,000.00 kebenaran daripada Ketua Setiausaha atau Pegawai Pengawal. Jika tiap-tiap satu hadiah bernilai RM 10,000.00Kebenaran Perbendaharaan. Tertakluk kepada Lampiran D PP 3/1998. (Rujuk Para 18 PP 3/1998 )

Seorang pegawai awam menerima jemputan bagi Majlis Berbuka Puasa dari sebuah Hotel. Bolehkah dia hadir?

Sekiranya tidak mempunyai urusan rasmi pegawai berkenaan boleh hadir. Walau bagaimanapun sekiranya pegawai atau jabatan mempunyai urusan rasmi jabatan wajar dirujuk kepada Ketua Jabatan untuk kebenaran agar tidak menimbulkan tohamahan. Dalam kes ini, ianya berbentuk keraian dan bukan hadiah. (Rujuk Para 14 PP 3/1998 )

Bolehkah Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan meminta dan menerima apa-apa sumbangan berupa barangan atau wang ringgit daripada luar yang tiada hubungan rasmi ?

Kelab Sukan dan Kebajikan tidak boleh memohon atau menerima apa-apa sumbangan secara terus daripada penyumbang samada orang perseorangan atau swasta.

Ia perlu melalui Majlis Sukan dan Kebajikan (MAKSAK), yang kemudian mengagihkan sumbangan atau peruntukan masing-masing. ( Rujuk Para 21 PP 3/1998 )

Bolehkah sumbangan yang berbentuk cenderamata diberikan penceramah seorang penjawat awam ?

Boleh diberikan tetapi tidak digalakkan. Sekiranya hendak memberi disediakan berbentuk plaque yang tidak mahal, pennat, barangan kraftangan jabatan atau bahan cetak jabatan. ( Rujuk Para 20 PP 3/1998 )

Seorang pegawai kerajaan telah menerima wang tunai bernilai RM500.00 dalam Musim Perayaan daripada individu yang sering berurusan rasmi dengan jabatan dan dalam keadaan yang sukar ditolak. Beliau kemudian melaporkan kepada Ketua Jabatannya. Apakah yang perlu dilakukan oleh Ketua Jabatannya.

Tindakan pegawai kerajaan berkenaan adalah bertepatan dengan Peruntukan PP 3/1998. Dari segi tindakan Ketua Jabatan beliau perlulah memikirnya dari segi kepentingan jabatan keseluruhannya.

Memandangkan nilainya tidak sepadan dan berkaitan dengan tugas rasmi, maka Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai itu memulangkan kembali kepada pemberi.

Bolehkah seorang Pegawai Badan Berkanun menerima hadiah berbentuk hamper daripada seorang individu yang sering berurusan rasmi pejabatnya ?

Pihak Badan Berkanun juga tertakluk kepada PP 3/1998. Ianya tidak boleh diterima kerana berkaitan tugas rasmi dan dalam keadaan sukar ditolak perlu melaporkan kepada Ketua Jabatannya.

Bolehkah pegawai awam menerima tambang tiket penerbangan percuma yang ada kaitan dengan tugas rasmi ?

Tidak boleh kerana menjurus kepada kesalahan jenayah rasuah di mana sebagai balasan bagi sesuatu kerja yang telah diberikan. ( Rujuk Para 12 PP 3/1998 )

Bolehkah hadiah diberikan kepada ahli politik oleh sesebuah Jabatan Kerajaan?

Boleh. Hendak disediakan berbentuk plaque yang tidak mahal, pennat, barangan kraftangan jabatan atau bahan cetak jabatan.

Sumber: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)


jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers