Tuesday, 3 January 2017

Cikgu 'stupid & idiot' pakai kostum adiwira di sekolah

Pelbagai ragam murid dan guru dapat disaksikan pada hari pertama persekolahan 2017. Bukan mudah untuk menerima pelajar-pelajar baru, terutama pelajar tahun 1 yang baru melangkah ke alam persekolahan.

Namun begitu, tindakan beberapa sekolah yang mengambil inisiatif yang pelbagai untuk memastikan kelancaran hari pertama persekolahan anak-anak kecil ini sangat menarik perhatian. Ini termasuklah memakai kostum adiwira Ultraman, watak-watak daripada filem Star Wars, Mickey Mouse.

Namun, tidak semua yang menganggap ianya satu tindakan positif. Masih terdapat segelintir umat yang beranggapan ianya satu tindakan yang memalukan. Setelah foto-foto berkenaan viral di laman-laman Facebook, seorang pengguna telah menulis komen berikut:

Bunyinya yang agak kasar mengguris hati insan-insan lain yang bergelar guru.

Untuk beliau yang menulis, setiap tindakan yang dilakukan pihak sekolah, mempunyai rasional yang tertentu. Bukan sekadar hanya suka-suka.
Ya, memang salah satu objektifnya adalah untuk menarik minat pelajar itu sendiri datang ke sekolah. Namun, terdapat juga rasional lain di sebalik tindakan tersebut. Contohnya SK Kubang Kerian 3 yang membawa watak Star Wars menjelaskan idea untuk membawa dua watak Star Wars itu timbul ketika pihak sekolah mengadakan satu mesyuarat di sebuah hotel di sini.

Ketika itu, hotel berkenaan mengadakan satu majlis meraikan pelanggan mereka dan membawa pelbagai watak animasi ke hotel berkenaan.

Pengurusan sekolah mendapati idea berkenaan sangat baik dan memutuskan membawa dua watak Star Wars pada hari pertama persekolahan kerana ia mempunyai nilai pembelajaran berteraskan sains pada abad ke-21.

Jangan terus menghina setiap tindakan guru walaupun ianya jelik di mata anda, mungkin ianya sangat bermakna untuk insan-insan kecil yang tagihkan pendidikan dan pelajaran.
jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers