Wednesday, 7 December 2016

Usah ragu dengan saya, saya juga pendidik - Menteri Pendidikan

Tags

Menteri Pendidikan Malaysia, Dato Seri Mahdzir Khalid telah memuatnaik satu status di dalam laman Facebook beliau yang menasihati semua warga pendidik agar tidak meragui keihklasan beliau sebagai orang penting yang menerajui pendidikan negara.

Sebagai seorang bekas guru, beliau tetap bersikap positif dengan semua maklum balas yang diberikan serta mengambil sikap mendengar dan mesra pendidik secara holistik.
Untuk rekod, beliau merupakan menteri pendidikan yang pertama mengambil peluang berinteraksi dengan warga pendidik melalui laman sosial. Walaupun terdapat beberapa akaun FB lain, ternyata akaun yang satu tersebut, diurus tadbir oleh beliau sendiri.

Beliau juga sering mengutarakan pandangan dan persoalan sambil menanti dan membaca semua komen yang ditulis oleh pengikut-pengikut beliau.

Harapan beliau, setiap keraguan akan dipandang positif supaya agenda pendidikan yang menyeluruh dapat dicapai kelak.


jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers