Thursday, 15 December 2016

Semoga berjaya cikgu!

Kuala Lumpur: Guru Kolej Vokasional Keningau Mohd Sirhajwan Idek melakar sejarah apabila terpilih sebagai finalis Hadiah Guru Global yang akan berlangsung di Dubai pada Mac 2017.

Berdasarkan laman web www.globalteacherprize.org, Mohd Sirhajwan, 29, disenarai pendek daripada lebih 20,000 pencalonan guru dari 179 negara menyertai pertandingan antarabangsa yang menawarkan hadiah RM4.42 juta (AS$1 juta).

Menerusi laman web itu, Mohd Sirhajwan memberitahu pengajaran adalah sangat mencabar di luar bandar Malaysia kerana pelajarnya datang dari keluarga berstatus sosioekonomi rendah yang mempunyai pendedahan sedikit kepada dunia luar.

Katanya, ia bermakna penguasaan bahasa Inggeris mereka cenderung untuk menjadi lebih rendah dan tidak mempunyai keyakinan diri.

“€œKesabaran, sikap positif dan ketabahan dimilikinya berjaya mentransformasi sekolahnya ke fasa baru apabila terpilih mendominasi pertandingan bahasa Inggeris serta keusahawanan dan inovasi.

“€œMalah banyak kemajuan diperoleh pelajarnya apabila beliau menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dalam perbualan harian dan aktiviti kokurikulum,”€ katanya.

Kegigihan Mohd Sirhajwan yang berasal dari Kota Belud juga diiktiraf ramai apabila menjadi seorang daripada lima pemenang global Guru Di Hatiku dan memenangi Biasiswa Macmillan untuk ke United Kingdom selain sering dijemput membentangkan kaedah pengajarannya di beberapa persidangan antarabangsa.

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers