Saturday, 3 December 2016

Percepatkan lantikan pembantu guru

Tags

KUALA LUMPUR: "Guru adalah superman yang tidak boleh terbang tapi memerlukan pembelaan daripada kerajaan," kata Wakil UMNO Perlis, Solah Huddin Omar.
Justeru, katanya, kerajaan perlu mempercepatkan proses pelantikan pembantu guru yang dapat meringankan beban guru dalam melaksanakan kerja pentadbiran di sekolah.

"Seeloknya pembantu guru ini ditempatkan di bilik guru bukannya di pejabat kerana dikhuatiri mereka nanti terpaksa melakukan kerja pengkeranian," katanya ketika menyampaikan bahas usul agama dan pendidikan pada perhimpunan Agung UMNO.

Solah Huddin berkata, pembantu guru juga membolehkan guru memberi tumpuan kepada tugas hakiki untuk mendidik anak bangsa.

Beliau turut meminta Kementerian Pendidikan menilai semua pemberian kontrak kepada kontraktor 1Bestarinet supaya tidak wujud monopoli.

"Akses internet di sekolah perlu ditingkatkan terutama di luar bandar kerana banyak kerja pentadbiran dilakukan guru melalui aplikasi internet seperti e-kehadiran," katanya.

Dalam masa yang sama, katanya Kementerian Pendidikan juga perlu mempercepatkan agihan peranti tablet kepada guru.

"Saya difahamkan hanya tiga negeri saja yang sudah mendapat tablet ini. Kita harap janji ini ditepati dan semuanya selesai awal tahun depan" katanya.

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers