Wednesday, 7 December 2016

Kelantan cuti peristiwa 13 Disember ini

Tags

Sultan Muhammad V berkenan berangkat
merasmikan Istiadat Pembukaan
KOTA BHARU 7 Dis. - Kerajaan Pas Kelantan mengisytiharkan 13 Disember (Selasa) ini sebagai cuti peristiwa sempena keberangkatan rasmi Sultan Muhammad V ke Istana Negara sebagai Yang Dipertuan Agong ke-15.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, pihaknya ingin memberi peluang kepada rakyat untuk meraikan keberangkatan baginda sepanjang jalan dari Istana Negeri, Kubang Kerian menuju Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa bermula pukul 7.00 pagi Selasa ini.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan 10,000 rakyat akan berada di lapangan terbang meraikan keberangkatan baginda.

"Kita berharap rakyat beramai-ramai turun tidak kira kakitangan kerajaan, penggawa, penghulu dan masyarakat pelbagai kaum akan turut bersama menyatakan kegembiraan.

"Pada hari itu juga Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja akan diadakan untuk mengumumkan pengisytiharan baginda sebagai Yang Dipertuan Agong yang baharu manakala pertabalan akan diadakan pada satu tarikh yang lain," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pengisytiharan Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra sebagai Pemangku Sultan Kelantan akan berlangsung esok. - UTUSAN ONLINE.
jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers