Sunday, 4 December 2016

Isu Buku Teks BM Tahun Satu SK 2017 'Terlalu KBAT', Panel Penulis Beri Respon

Saya lampirkan penjelasan daripada sahabat saya, Cikgu Abdul Rahman Ngah, antara panel penulis buku ini. (Saya mengeditnya sedikit untuk memudahkan pemahaman khalayak)
"Saya ingin memberi sedikit respons berhubung dengan isi kandungan satu halaman buku teks seperti yang diviralkan dalam media sosial.

Untuk pengetahuan semua, bahan tersebut ialah halaman 139 buku teks Bahasa Melayu KSSR Semakan Tahun 1 Sekolah Kebangsaan bagi kegunaan tahun 2017. Halaman tersebut berada dalam tema 8: Celik Kewangan, iaitu tema yg terakhir buku teks. Penulis tema ini ialah Dr. Farah Loo.

Isi kandungan halaman ini dijelmakan berdasarkan SP membaca, menaakul dan mengenal pasti idea tersurat dan idea tersirat berdasarkan bahan.

Bahan ini tidaklah sukar sebenarnya kerana bahan untuk SP ini telah pun dijelmakan dalam tema2 sebelumnya secara ansur maju.

Murid tidak ada masalah untuk memahaminya kerana sudah beberapa kali diajar kemahiran ini. Lagipun, jika diteliti bahan ini tidaklah sukar untuk diajar. Jika dibimbing dengan betul, murid dengan mudah akan dapat menyatakan isi tersurat dan isi tersirat.

Kesimpulannya ...

1. Individu yg menimbulkan isu ini dan memviralkannya serta berniat tidak baik mungkin bukan seorang guru. Kalau guru, mungkin beliau belum didedahkan atau membaca ataupun tidak memahami DSKP BM KSSR semakan Tahun 1 yg mana banyak elemen KBAT terkandung di dalamnya.

2. Buku teks dibina berdasarkan DSKP tersebut dan perlu melepasi beberapa panel seperti JK Peningkatan Mutu DBP, JK Penilai BBT, panel pembaca luar DBP dan BBT sebelum dicetak bagi memastikan buku teks tersebut sesuai, tepat dan bermutu serta boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

2. Guru2 yg mengajar BM tahun 1 pula akan/telah didedahkan dengan DSKP tersebut oleh BPK.

3. Sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam pembinaan buku teks ini, saya menyeru kepada pihak yang mencetuskan isu ini supaya merujuk kepada DBP, BBT dan BPK terlebih dahulu untuk mendapatkan penjelasan dan gambaran sebenar. Jangan hanya pandai menghentam kromo secara rambang sahaja.

4. Akhir kata, jika ada kecacatan sedikit sebanyak dan terlepas pandang tentang buku ini, marilah kita bersama-sama membetulkannya dan menegur secara berhemah dan seikhlas hati demi kebaikan semua pihak serta mengikut saluran yang betul.

Semoga buku teks ini memberi manfaat kepada anak2 didik kita demi masa depan yang lebih cemerlang dan mencabar selaras dengan Pendidikan Abad Ke-21 seperti yg diwara2kan."

Sekian, salam hormat daripada saya ...
Cikgu Abd Rahman Ngah.

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers