Thursday, 8 December 2016

Iklan Kekosongan Jawatan di Education Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ingin mempelawa calon-calon daripada Warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan/ Perkhidmatan Awam Negeri/ Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Education Malaysia (EM), KPT seperti berikut:

Bil.Jawatan
1Pengarah Gred 52/54 (Terbuka) di EM Washington
2Pengarah Gred 48 (Terbuka) di EM Ho Chi Minh City
3Pegawai Gred 48 (Terbuka) di EM Indonesia
4Atase Pendidikan Gred 41/44 (Terbuka)
  • EM London
  • EM Australia
  • EM Mesir
  • EM Washington
  • EM Chicago
  • EM Jordan
  • EM New Zealand
5Atase Pendidikan (Agama) Gred 41/44 (Terbuka)
  • EM Australia
  • EM Washington
  • EM Mesir

Berikut adalah syarat-syarat umum permohonan:

i. pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;

ii. pegawai telah dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;

iii. mempunyai prestasi kerja di tahap 85% dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga tahun berturut-turut (Tahun 2013, 2014 dan 2015);

iv. mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas yang dipohon;
bebas daripada sebarang tindakan tatatertib; dan

v. pegawai dan ahli keluarga (jika berkaitan) mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.

Berikut adalah syarat-syarat utama:

i.  Pengarah/ Pegawai Gred 52/54 (Terbuka)
- terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 47/48 hingga 53/54 atau setaraf;

ii.  Pengarah/ Pegawai Gred 48 (Terbuka)
- terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 43/44 hingga Gred 47/48 atau setaraf;

iii.  Atase Pendidikan Gred 41/44 (Terbuka)
- terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 41/44 atau setaraf;

iv.  Atase Pendidikan Agama Gred 41/44 (Terbuka)
- terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 41/44 atau setaraf; dan
pegawai mempunyai pengetahuan, pengalaman dan sumbangan dalam bidang berkaitan bimbingan agama islam

v. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) apabila dipinjamkan ke gred yang lebih tinggi hendaklah telah berkhidmat di gred jawatan hakiki tidak kurang daripada lima (5) tahun kecuali:
- memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Doktor Falsafah, tidak kurang daripada dua (2) tahun; atau
- memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Sarjana, tidak kurang daripada tiga (3) tahun;

vi. mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan Kerajaan dan baki perkhidmatan sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum mencapai tarikh persaraan wajib;

vii. mempunyai pengalaman dalm tugas pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan aset, promosi dan pemasaran serta jaringan kolaborasi antarabangsa;

viii. mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris dengan kelulusan IELTS sekurang-kurangnya band 6.5 (salinan keputusan IELTS perlu dikemukakan sebagai prasyarat sekiranya ditawarkan jawatan); dan

ix. penguasaan bahasa rasmi negara yang dipohon adalah satu kelebihan.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 21 Disember 2016 (Rabu). Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

Temu duga

Hanya calon yang layak dan disenaraikan pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu duga. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan ke temu duga dalam tempoh setahun (1) daripada tarikh tutup permohonan.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak Urus Setia melalui e-mel bpsmem@mohe.gov.my.

Muat turun:

1. Iklan Kekosongan Jawatan Di Education Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi (928 KB)
2, Borang Permohonan Pengisian Jawatan di Education Malaysia KPT.S.500-8/2/6 Jld.6 [pindaan 2014] (229 KB)

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers