Monday, 5 December 2016

Ibu bapa diminta bertenang dengan pelaksanaan KBAT - Timb. Menteri

SEREMBAN - Ibu bapa diminta supaya bertenang dan memahami tentang kepentingan sistem pendidikan baharu berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diterapkan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon berkata, beliau mengambil maklum segelintir ibu bapa berasa bimbang kerana sistem tersebut didakwa mengemukakan soalan-soalan peperiksaan yang sukar dijawab murid sekolah.

"Saya faham ada ibu bapa merungut kerana risau anak mereka tidak dapat menjawab soalan seperti yang dikatakan berlaku dalam UPSR 2016. Kita perlu bertenang kerana akan tiba masa sistem ini jadi satu kebiasaan di negara ini.

"Melalui KBAT, kita mahu anak-anak kita dapat memberi jawapan yang kreatif.Soalan-soalan peperiksaan juga berbentuk subjektif, bukan seperti dulu objektif `main tembak pun kena'," katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Perasmian Karnival Animasi dan VFX Akademik KRU di pusat membeli-belah Seremban Prima di sini hari ini.

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers