Saturday, 17 December 2016

Hina penjawat awam, kaji semula undang-undang lapuk - Zahid

TELUK INTAN: Kajian semula akan dilakukan terhadap semua perundangan sedia ada yang membabitkan undang-undang di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi memastikan ianya bersifat futuristik dan tidak lagi lapuk.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kajian semula itu perlu dibuat bagi mengenalpasti undang-undang yang telah lapuk dan tidak lagi sesuai digunakan ketika ini.

Menurut beliau, pindaan undang-undang itu perlu dikaji semula dan memastikan perundangan yang dipinda sesuai diguna pakai dalam tempoh 30 tahun akan datang.

“Lihat semua perundangan bukan sahaja melibatkan PDRM tetapi perundangan yang melibatkan bidang bidang tugas KDN untuk dikaji semula supaya bukan sahaja soal hukuman tetapi aspek yang tidak terkandung di dalam hukuman yang sedia ada dan harus dibuat berbentuk enakmen futusristik.

“Ertinya mesti disesuaikan untuk tempoh 30 tahun akan datang agar tidak perlu ada pindaan yang akan dibuat untuk tempoh itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Skim Subsidi dan Bantuan Saringan Kesihatan PDRM di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini hari ini.

Pada masa ini, pihaknya telah mengarahkan unit pendraftan di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Peguam Negara untuk berbincang dan mengkaji semua perundangan yang sedia ada.

Beliau mengulas berkaitan hukuman RM100 yang djatuhkan mahkamah terhadap seorang individu yang menandatangani surat saman dengan perkataan ‘babi’.

Katanya, pihak polis tidak berpuas hati dengan perkataan itu kerana ianya merupakan satu penghinaan dengan apa yang dilakukan kepada pihak polis
jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers