Saturday, 17 December 2016

Guru wanita terbunuh selepas suami rempuh treler

Tags

Gombak: Guru wanita terbunuh selepas kereta yang dipandu suaminya merempuh treler Kilometer 445.5 lebuh raya PLUS, awal pagi ini.

Fazidah Ibrahim, 55, yang duduk di tempat duduk belakang Toyota Estima dan dirawat di Hospital Sungai Buloh meninggal dunia kira-kira 5 pagi.

Dalam kejadian itu, anak mangsa berusia 15 tahun turut patah tulang belakang dan dirawat di hospital sama manakala seorang lagi anak berusia 25 tahun dan suami hanya cedera.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Marzukhi Mohd Mokhtar, berkata siasatan awal mendapati treler yang dipandu lelaki berusia 36 tahun dari arah Petaling Jaya menuju ke Tanjung Malim, Perak itu terlanggar belakang lori di lorong sama.

Berikutan itu, katanya, treler berkenaan terbabas ke kanan jalan dan melintang di hadapan kenderaan mangsa.

"Toyota Estima yang dipandu suami mangsa gagal mengelak dan terus merempuh bahagian kanan hadapan treler,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers