Friday, 2 December 2016

Guru Sudah Tertakluk Dengan Akta & Undang-Undang Sedia Ada - Mahdzir Khalid

Sebelum ini, beberapa cadangan telah dilontarkan kepada Kementerian Pendidikan agar diwujudkan akta khusus untuk melindungi guru daripada pelbagai perkara yang tidak diingini.

Menterinya, Dato Seri Mahdzir Khalid telah memberi respon mengenai perkara ini di dalam satu sesi temubual Malaysia Hari Ini (MHI).
Menurut beliau, guru-guru juga dikategorikan sebagai penjawat awam. Undang-undang sedia ada telah memperuntukkan perlindungan yang sewajarnya kepada guru yang diserang, diugut dan diancam dan mendatangkan kecederaan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574).

Manakala seksyen 5 Akta Prosiding Kerajaan 1956 (Akta 359) jelas memperuntukkan bahawa kerajaan akan bertindak bagi pihak penjawat awam.

Pegawai tersebut iaitu guru akan diwakili oleh Jabatan Peguam Negara dengan syarat tindakan undang-undang yang diambil adalah berbangkit akibat tugas rasmi pegawai tersebut.

Walaupun begitu, jika ada pihak ingin bergerak lebih kehadapan menyalurkan bantuan perlindungan kepada guru seperti bantuan guaman dan konsultasi perundangan kpd guru khususnya, ia adalah langkah yg amat dialu-alukan.


jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers