Tuesday, 20 December 2016

Guru rebah dan meninggal dunia di sekolah

Gambar hiasan
KUCHING - Seorang guru wanita yang dipertanggungjawab membuat analisis Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) SMK Matang Hilir tiba-tiba rebah dan pengsan di sekolahnya awal hari ini.

Beliau dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (SGH) di sini dan meninggal dunia petang ini beberapa jam selepas menerima rawatan.

Penolong Kanan SMK Matang Hilir, Amat Saimin Timun mengesahkan kematian guru berkenaan Norlisa Jerry, 39, pada kira-kira jam 4 petang.

Norlisa yang belum berkahwin dan berasal dari Sibu mula mengajar di sekolah itu sejak tahun 2010.

Amat berkata, beberapa orang guru SMK Matang Hilir turut berada di hospital ketika Norlisa menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Katanya, jenazah Norlisa telah dibawa pulang ke rumahnya di sini dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang di sini esok pada jam 9 pagi. - Bernama
jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers