Saturday, 10 December 2016

Guru menentang dasar kerajaan, jangan anggap anda sentiasa betul - Mahdzir Khalid

Tags

Berikutan pelbagai aduan mengenai sesetengah kumpulan guru dalam media sosial terutama Facebook yang bersuara lantang menentang dasar-dasar kerajaan, Dato Seri Mahdzir Khalid yang juga Menteri Pendidikan telah membuat satu kenyataan ringkas dalam laman FB beliau.

Menurutnya, setakat ini KPM masih lagi berkompromi dan belum mengambil tindakan drastik terhadap sebilangan kecil guru yang bersuara lantang melahirkan rasa tidak berpuas hati seolah-olah seperti pembangkang kepada kerajaan sedia ada.

KPM masih mengambil pendekatan memberi nasihat dan teguran terhadap mereka.

Beliau turut menasihati golongan-golongan tersebut supaya menggunakan kemudahahan yang sedia ada dengan aktiviti yang lebih bermanfaat.
Perkembangan pesat teknologi komunikasi pula menurut beliau, janganlah disalahguna untuk bersikap lantang dengan menganggap diri mereka semuanya betul.

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers