Monday, 5 December 2016

Guru berdepan tindakan mahkamah akan dapat pembelaan KPM

MACHANG: Kementerian Pendidikan akan memberi perlindungan dan perhatian kepada guru yang berdepan tindakan mahkamah susulan aduan ibu bapa.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata banyak pihak terutama ibu bapa dilaporkan tidak berpuas hati dengan hukuman kementerian terhadap guru lalu membawa perkara itu ke mahkamah.

"Saya sudah mengarahkan pihak tertinggi termasuk Pengarah Pendidikan dan pengetua supaya memaklumkan semua insiden di sekolah kepada pihak kementerian bagi memudahkan tindakan diambil.

"Sebelum ini memang termaktub mana-mana guru yang masih bertugas akan mendapat pembelaan jika ada ibu bapa mengambil tindakan hingga ke mahkamah.

"Kita memberi perhatian kepada perkara ini dan guru terbabit akan dilindungi selain diberi sokongan supaya mereka tidak berasa keseorangan," katanya.

Berita Harian
jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers